Dalam Penggunaan set medium heavy
dengan mainline 10lb ke 25lb yang tidak berwarna sepanjang melebihi 200
mtr. perambut pula dari jenis flourocarbon 20lb panjang 2 mtr dengan
coated steelwire 20lb panjang 6" menggunakan hook 2/0 dan 3/0.
Ikan tenggiri jenis batangArus mati.
Belon
atau pelampung yang sesuai adalah digalakkan untuk mengelakkan umpan
berbelit dengan pancing lain. Jarak umpan dengan belon paling kurang 4
mtr. Lagi panjang lagi bagus. Lepaskan umpan dalam jarak melebihi 30 mtr
dari bot. Ikan hidup seperti selar dan kembong hendaklah dicangkut
dalam keadaan kepala mengarah ke hadapan.
Arus perlahan.
Penggunaan
teknik floating tanpa ladung atau belon. tetapi umpan ikan hidup
hendaklah dicangkut dalam keadaan kepala menghadap bot. kalau
menggunakan multiflier reel, bolehlah ikat perambut steelwire direct
kepada mainline dengan ikatan albright dengan safety knot dihujung.
Arus deras.
Penggunaan
teknik mid water dengan batu ladung bersaiz 2 atau 3. batu ladung
dimasukkan kedalam mainline. setelah lepaskan ikan hidup ladung
hendaklah dipegang. hulurkan tali sepanjang 10 mtr baru ikatkan getah
gelung pada mainline untuk jadikan stopper ladung. lepaskan sepanjang 30
mtr dari bot.
Untuk pancingan
malam pula perambut 50lb digunakan manakala steelwire 50lb pula
hendaklah sepanjang 1 kaki. sekiranya bulan gelap cara pancingannya pula
berbeza kerana tenggiri hanya akan makan dibawah bayangan cahaya lampu
bot. bottom fishing tetapi dinaikkan sebanyak 8 mte. teknik seperti
siang boleh digunakan sekiranya bulan terang.
Hook Up:
hook
up hendaklah dibuat dengan kuat beberapa kali supaya mata yang
disangkut pada umpan hidup boleh tanggal dan menyangkut pula pada rahang
ikan tenggiri. sekiranya ini tidak diambil berat kita akan kehilangan
tenggiri tersebut kerana rabut.
inilah serba sedikit yang boleh kawan berikan sebagai info pada kenkawan semua.
kalau
dilayan dengan slow dan smooth species ini mudah menyerah tapi kalau
ditarik dan dikarau ganas ia akan lebih ganas dan lambat menyerah.
peratus putus sangat besar. penggunaan light set dengan mainline 10lb
adalah sangat berkesan untuk menawan species ini tetapi ia akan
mengganggu kekawan lain kerana memakan masa yang lama. kalau medium
heavy makan masa 5 minit, light set pula 7 minit.
Tentang keadah pancingan tenggiri, kita perlu tahu yang paling mustahak ialah spot.
spot
1: Spot karang yang mana tenggiri nya telalu banyak hinggakan kalau
dihulur apa saja yang bergerak akan dimakan seperti dilatuna sarawak.
spot
2: merupakan karang yang sempit yang memang banyak tenggiri menghuni
disini dimana ramai nelayan pancing menjadi penunggu tetap disini
seperti karang ngah. mereka hanya memancing tenggiri sahaja dengan
mendapat hasil yang mencapai 40 hingga 50 ekor sehari.
spot
3: spot yang ada tenggiri tetapi tidak menjadi lubuk nelayan kerana
kalau ditunggu pun hasil nya tak seberapa. seperti didalam unjam laut.
spot 4: spot yang karang nya sangat luas. dimana kita perlu bergantung pada nasib untuk dapatkan species tenggiri.
spot 5: spot yang tiada rekod hasilkan tenggiri tetapi saja2 mencuba tetapi kadang kala dapat juga.
keadah untuk spot 1:
semua
keadaah sesuai digunakan tetapi sekiranya untuk dapat hasil yang banyak
pakailah perambut steelwire kasar dengan teknik bottom. bila kena saja
rentaplah terus naikan keatas bot. sekiranya nak kan keseronokan pancing
kawan syorkan pakailah light set dengan mainline 10lb, perambut steel
wire 20lb dan hook 2/0 cutting point.
keadah spot 2:
memandangkan
puluhan nelayan menunggu tempat ini sehari hari jadi tenggiri disini
sudah kenal benda asing yang dihulurkan pada mereka. line berwarna atau
braided, steewire hitam, kekili besar, umpan mati serta benda asing
seperti getah, manik danperambut kasar merupakan benda2 yang perlu
dielakkan. sehinggakan nelayan yang kita tahu terkenal dengan koyan
dengan tangsi hingga ratus lb hanya menggunakan perambut 15lb sahaja
disini. melainkan dikala permulaan species ini masuk ke sini setelah
berbulan laut bergelora. ketika itu keadahnya sama dengan spot 1.
keadah spot 3:
dispot
ini bolehlah kita gunakan teknik spinner atau sesudu juga casting
rapalla. kalau nak gunakan keadaah floating dan mid water juga boleh.
tenggiri disini tidak peka pada perambut atau benda2 asing kerana
sesekali sahaja mereka diumpan dengan benda asing.
keadah spot 4:
disini
trolling amat berkesan. keadah lain boleh digunakan tetapi peratusan
hasilnya sangat kecil dibandingkan dengan keadaah trolling.
keadah spot 5:
disini
kita hanya perlu tajul satu set untuk tenggiri denga keadah floating
disamping pancing bottom untuk species lain. kita tidak perlu berharap
pada tenggiri lebihkan tumpuan pada species lain. sekiranya ada rezeki
dapatlah seekor dua.
Perhatian:
species
tenggiri tidak memilih arus. kalau arus laju tapi faktor lain baik ia
akan makan dan sebaliknya walaupun arus baik tetapi faktor lain tidak
baik alamat melangutlah joran kita.
Faktor2 tenggiri aktif.
1.cuaca baik setelah habis monsoon. tidak kira arus.(karang)
2.cuaca baik air jernih(biru kehitaman) tidak kira arus.(karang)
3.cuaca tidak baik tapi arus baik.(unjam)
Teknik
rentapan untuk pancingan tenggiri pula ada beberapa teknik yang
berkesan sesuai dengan set pancing dan keadah pancing yang kita gunakan.
1.
penggunaan light set medium fast action rod mainline 10 ke 15lb keadah
hanyut dengan umpan hidup. sebelum pancingan dimulakan pastikan dulu
tension drag pada tekanan 80% dari kekuatan mainline. semasa umpan
diturunkan hendaklah perhatikan kelajuan pergerakan renangan umpan
sekiranya kelajuan pergerakan maintain teruskan dengan tension dalam
keadaan off(free) sekiranya ada rasa macam kelajuan renangan umpan
bertambah dengan drastik, jangan lengah terus saja sentap dengan kuat
beberapa kali kerana umpan anda sudah dimakan. semasa sentapan dibuat
pastikan tension drag masih dalam keadaan free. on kan drag bila saja
mangsa membuat larian laju. biarkan tension dalam keadaan 80% kekuatan
line supaya mangsa cepat pancit.
sentapan
untuk light set perlu sekuat hati kerana rod yang lembut. daging umpan
yang fresh masih liat jadi perlukan kekuatan untuk koyakkan daging umpan
supaya mata kena pada mangsa.
bila
ikan tidak makan semasa umpan turun, on kan drag dan parkinglah dekat
holder. sekiranya umpan dientap, kekuatan drag tadi akan buatkan hook
kena kat mulut mangsa tetapi sekiranya kita lambat buat hook up, umpan
akan diludah dengan mudah sahaja kerana hook hanya melukai mangsa tapi
belum melepasi duri pandan. sentapan hendaklah dilakukan dalam keadaan
rod masih melengkung kerana dimasa itu memori pada rod dan line sudah
sampai tahap maksima. dengan cara ini hook akan menembusi daging pada
mulut mangsa.
2.
Penggunaan medium heavy set, mainline 25lb ke 30lb pula sangat senang
tetapi perlukan kepantasan kerana memori kelengkungan rod hanya sedikit
dibandingkan dengan light rod. setkan tension drag sama dengan cara tadi
dengan ketegangan 80% kekuatan mainline. bila saja ada rentapan dari
mangsa rod hendaklah disentap dengan kuat dan cepat. jangan pula bila
rod ditarik ikan, tension nak ketatkan, tali ikatan nak dibuka terlebih
dahulu barulah nak buat hook up . alamatnya putih mata. hook up terlebih
dahulu sebelum buat lain perkara barulah peratus untuk dapatkan mangsa
lebih besar.
sumber: fhising maniak PERIKANAN
Tidak ada komentar:
Posting Komentar